Jumaat, 26 Ogos 2011

strawberi tiramisu

Pagi -pagi nih dah bukak blog resepi, abang kata nanti kurus pose.. Ala bang, nak tengok-tengok apa yang menarik je.. Jalan-jalan, terjumpalah resepi ni, dah lama sangat teringin nak makan benda ni, ada dijual dikedai, tapi sangat tidak yakin dengan status halalnya.

sumber : http://daridapurkecah.blogspot.com


Cara-cara nak buatnya mudah saja: 

Bahan untuk syrup:(dapat 4 cup spt di atas)

150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:

250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.

4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan