Selasa, 30 Ogos 2011

Kek Coklat Moist Bakar

Kek ni saya dah cuba untuk raya, sangat sedap dan mendapat pujian ramai.. siap ada yang amik resepi lagi..

sumber : http://www.myresipi.com

Imported_photos_00120

Bahan-bahan ( Nak jemput org makan pun boleh )

  • KEK
  • Bahan A
  • 21/2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 11/2 tsp soda bikabonat
  • Bahan B
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 11/2 cwn air
  • Bahan C
  • 11/4 butter
  • 2 cwn gula halus
  • TOPPING
  • 250g coklat masak
  • 135ml whipping cream
  • 10g butter

Cara-cara

  1. Ayak kesemua bahan A dan gaulkan hingga sebati.
  2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau hingga sebati.
  3. Pukul bahan C sehingga kembang
  4. Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
  6. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
  8. Sementara tunggu kek sejuk, buatlah toppingnya pulak.
  9. Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'.
  10. Masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.
  11. Masukkan butter dan kacau hingga sebatilah.
  12. Biarkan sejuk sblm diratakan ke atas kek

Jumaat, 26 Ogos 2011

Rojak Tauhu

Best jugak Rojak Tauhu daripada rumah Juwita dan Faiz ni..
sumber ; http://juwitafariz.blogspot.com/





Rojak Tauhu

Bahan-bahan

Bahan Rojak 

  • Tauhu Pok/Tauhu biasa - bakar/goreng dahulu 
  • Timun
  • Taugeh celur 
  • Kangkung celur
  • Nenas
Kuah Rojak 
  • 1/2 botol kicap
  • 1/2 botol sos tomato
  • 10 biji cili padi dikisar halus - ikut kepedasan masing2 
  • 1 senduk besar gula merah dimasak dgn 1/2cwn air & ditapiskan
  • 1/2 kg gula pasir
  • 2 sudu makan belacan jenis yang betul2 kaw ok!
  • 1 cawan air 
  • sedikit air asam jawa 
  • 1 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar
Cara-cara 
  • Campurkan semua bahan2 kuah diatas dan masak atas api sehingga betul2 pekat.
  • Biarkan ia sejuk terlebih dahulu.
  • Tuangkan kuah ke atas bahan2 rojak.Taburkan kacang tanah tumbuk.
  • Sedia dihidang.

Dadih


Dah lama sebenarnya saya cari resepi nak buat dadih sebab Encik Suami sangat sukakanya. Ni boleh la cuba. 
Sumber ; http://cikgumpvcorner.blogspot.com/
 
Bahan: 
Susu tepung penuh cream 160g
Gula 180g
Garam 2g
Carrageenan  5.4g
Perisa buah 1g
Pewarna 1g
Air 1650.6 ml

Kaedah:
  1. Panas air 50-60 degree celcius
  2. Larutkan susu tepung bersama sebahagian air panas
  3. Gaul gula bersama carageenan
  4. Masukkan campuran gula dan carageenan ke dalam baki air panas.Masak hingga larut
  5. Masukkan larutan susu tepung dan kacau rata.Masak hingga hampir mendidih 10 minit
  6. Masukkan perisa dan pewarna.Kacau,sejukkan sedikit
  7. Tuang ke dalam bekas dan tutup. Biarkan set kemudian bolehlah simpan dalam peti sejuk.

strawberi tiramisu

Pagi -pagi nih dah bukak blog resepi, abang kata nanti kurus pose.. Ala bang, nak tengok-tengok apa yang menarik je.. Jalan-jalan, terjumpalah resepi ni, dah lama sangat teringin nak makan benda ni, ada dijual dikedai, tapi sangat tidak yakin dengan status halalnya.

sumber : http://daridapurkecah.blogspot.com


Cara-cara nak buatnya mudah saja: 

Bahan untuk syrup:(dapat 4 cup spt di atas)

150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:

250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.

4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. 



Selasa, 1 Disember 2009

^ masakan pertama ^

Apakah masakan pertama yang anda masakkan untuk buah hati selepas berkahwin?
Tentu ada yang masih ingat.
Masakan pertama NOR NAZIFFAH untuk YUSOFF YAACOB ialah ;
" Ketam Masak Lemak Cili Api "
Masih ingat lagi, pertama kali dipuji oleh encik suami,
kembang semangkuk,..